Showing posts with label Butik. Show all posts
Showing posts with label Butik. Show all posts

Monday, April 4, 2011

~CuBa : TrY : TeSt~

Tinggal lagi 1 bulan, 1 minggu & 2 hari saje lagi tuk tiba ke hariku...takooootnyer. sangat takoot. 3 bulan sebelum majlisku, aku selalu bermimpi yang majlisku nnti akan menjadi huru-hara ngan ketiadaan catering & memcm lagi. Adakah mainan tdo atau kenyataan???...aku cuma berfikiran positif....mudah-mudahan sume berjalan lancar.

Sume persiapan masih dalam proses. Butik, katering & Fotografer telah ku tempah...Penat gak membuat pencarian butik coz kebanyakan butik menawarkan perkhidmatan diluar kemampuan aku. Yg aku mampu plak, x berkenan d hati. Sebelum aku menggunakan perkhidmatan butik sekarang, aku dah tempah butik laen di sekitar bangi gak. But layanan mmg teruk. Muke masam & x mesra. Kalo pekerja cam 2, leh tahan lagi. Tapi owner pooon macam *****, mmg membnagkitkan darah aku. Aku bukan mengharapkan layanan cam raja. Aku taula korng slalu sponser artis, xkan de double standard koot. Aku mmg x rekemen langsung butik nie...Pas sakit hati ngan butik nie, aku poon menempah butik yang sama ngan Mr. Tunang. Layanan sgt baik & owner sgt mesra alam..Best.Best..

Banyak butik gak yg aku jelajahi & de la baju2 yg aku test...sume Mr. Tunang yg sgt galakkan aku mencuba baju. Kalo ikutkan aku, dah tempah dulu baru try baju....hehehhehehe...jom layan jap gambo2 aku.

Jururunding kat butik nie sgt mesra.
Kalo kami mempunyai bajet yang mencukupi,
pasti kami akan menempah di butik ini yang terletak di Gombak.

Antara baju2 yang telah aku cuba.....

Friday, January 21, 2011

~DaVeNCY WeDDiNG WoRKSHoP~


Aku agak tetarik dengan pakej yang ditawarkan di Davency Wedding Workshop yang merangkumi pakej baju, pelamin dan fotografer. Aku mula berkenan dengan butik nie pabila aku dan honey ke pameran pengantin di Ampang. Sementara menunggu honey solat jumaat, aku memulakan langkah ke setiap gerai dan terhenti lama di gerai butik Davency coz jururundingnye agak peramah. Bermula dari c2, aku try ajak honey ke Jalan Ipoh.

First sampai, aku agak pelik dengan suasana luar butik ini. Agak messy. But, orang kate jgn menilai pada luaran…terdapat banyak fesyen baju pengantin di butik ini di samping kualiti make-up yang baeek. Tuk pelamin pula, kita blh membuat dekorasi sendiri or menggunakan dekorasi yang telah mereka hasilkan & dekorasi mereka juga cantik dan kreatif.

Nie merupakan pakej yang ditawarkan semasa aku pergi ke pameran pengantin kat KLCC pada ujung tahun 2010.

Suasana didalam butik. Didownload daripada blog davency.

~NaYNiS aNDaMaN~

Kali nie aku cuba melihat-lihat pakej pengantin yang ditawarkan di sekitar kawasan Kepong, Gombak & Selayang. Aku & Mr. Tunang memule ke Naynis Andaman yang terletak di Selayang. Pilihan baju kat butik nie x banyak. Makeup poon aku kureng ckt. So kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya……

Tuesday, January 18, 2011


Hari merangkak ke senja tp aku masih bersemangat meneruskan usaha mendapatkan pakej yang terbaik disamping harga yang dtawarkan berpatutan dan sesuai ngan bajet yang telah aku tetapkan. Hari nie aku masih mencari-cari butik di sekitar Bangi.

Butik Kimie Kajang mempunyai 2 cawangan dan salah satunye terletak di seksyen 9, Bangi. Seperti butik D’Renjis, butik Kimie juga mempunyai penambahan harga jika bakal pengantin ingin menggunakan material French lace. Pelamin di dalam pakej juga merupakan pelamin asas dan penambahan harga dikenakan jika ingin menggunakan pelamin bombastic.

Yang paling aku rase terus reject butik nie coz die tegur muke aku yang ‘dihiasi noda-noda merah’ yang langsung aku x ingini. Sensetip betul aku pasal hal nie..

Pakej-pakej yang ditawarkan bermula daripada RM950 hingga RM3000.



Saturday, January 15, 2011

~SRi QaSeH~




Butik Pengantin Sri Qaseh merupakan ‘one stop center’ kepada bakal pengantin yang tercari-cari butik pengantin yang menawarkan pakej lengkap dari A to Z. Sri Qaseh mempunyai pakej andaman, fotografi & videografi, katering & kanopi, rawatan kecantikan & spa serta lain-lain perkhidmatan seperti PA system, kompang dan gubahan hantaran. Pakej yang ditawarkan agak eksklusif dan mahal.


Friday, January 14, 2011

~GaLeRi PeNGaNTiN aNie~


Butik Pengantin Anie juga terletak di Seksyen 4, Bangi dan berada berhampiran dengan Butik D’Renjis. Pakej yang ditawarkan di Butik Aine bermula dari RM800 sehingga RM3600. Kebanyakan baju kat butik ini menggunakan songket dan agak ‘old scol’ dipandangan aku. Jika ingin mendapatkan atau membuat baju yang baru caj, akan dikenakan bermula RM100 hingga RM300.

Tuesday, January 11, 2011

~D'ReNJiS SeRi PeNGaNTiN~

Matahari terasa tegak d kepala. Tapi usaha mengusha mesti diteruskan. Kali nie aku seksyen 4 tambahan plak menjadi pilihan aku. Takat yang aku nampak, de dua butik kat seksyen 4 nie.

Butik D'Renjis Seri Pengantin salah satu butik yang terdapat di seksyen 4 tambahan. D'Renjis menawarkan pakej istimewa dimana pakej ini merangkumi baju nikah, sanding dan baju bertandang. Dua pelamin turut ditawarkan dalam pakej ini. Namun begitu, terdapat penambahan harga jika ingin menggunakan baju french lace.

Butik ini turut menawarkan perkhidmatan hiasan bilik pengantin dengan harga bermula RM450. Untuk gubahan hantaran pula, harga bermula RM60 untuk satu gubahan dulang hantaran.



Antara baju-baju yang dipamerkan di web butik ini.

Pelamin-pelamin yang dihasilkan d D'renjis.

http://www.drenjis.com.my/v1/

~aZue BRiDaL~

Tringin sangat nak pergi ke Butik Azue Bridal coz setiap kali lalu kat sebelah Tasik Chempaka, mesti nampak signboard mereka yang besau. Tinggi gak nak mendaki ke Butik Azue Bridal nie. Terletak di tingkat 3. Semput r gak. Bebuke pintu butik jer, aku disambut oleh si kecil yang comei sambil berkata “kak, x de orangla kat butik”. Aik? Xkan orang nak tinggalkan budak kecik kat butik sesorang kan. Aku poon masuk je. Mmg xde juruperunding kat butik, cume yang ade team yang laen. So die x brape tahu sangat tentang pakej2 yang ditawarkan. Then, aku just amik brousher dorg gak sambil mencuci mate baju2 yang ade kat kedai.




Azue Bridal Wedding Planner

No.1B, Tingkat 3, Off Persiaran Pusat Bandar 2,

Seksyen 6, Bandar Baru Bangi,

43650 Selangor

03-89256987

019-2670045(Dila)

012-2156167 (Pn. Azue)

http://www.azuebridal.com/



~SuRi D'La RoSe~

Hujung minggu telah tiba.Yeah…leh sambung balik aktiviti aku g usha butik-butik pengantin yang de kat sekitar Bangi. Seksyen 8 Bangi merupakan tempat pertama yang aku tuju. Aku keseorangan kali nie. Tanpa ditemani oleh Mr. Tunang tersayang.

Butik Suri D’La Rose merupakan butik pertama yang aku pergi kali ini. Waktu aku sampai, juruperunding di butik sedang membuat spa untuk bakal pengantin. Aku x sempat bertanya banyak so aku hanya dapat mengambil brocher.


Suri D’la Rose

Bridal Butik & Spa

117A, Jalan 8/1, Seksyen 8,

43650 Bandar Baru Bangi.

Pn. Bie : 012-3554005

Pn. Mie : 013-2566679

Tuesday, December 14, 2010

~Zee Eika~

Butik Zee Eika menawarkan pakej yang lengkap. Pakej mereka merangkumi set baju, pelamin, hiasan bilik tidur dan andaman. Aku agak tertarik ngan baju2 mereka. banyak pilihan & lawa2. cume solekan agak kureng ckt. then xleh nak pilih sape yg akan solek nnti. aku agak kucewa ckt...coz setiap org akan memberikan hasil yang berbeza. jom tgk pe yg mereka tawarkan & beberapa gambo yg aku search kat tnet....

Nie pakej2 yang ditawarkan di butik zee eika bagi tahun 2010.

Touch-up hasil drpd jurumekap zee eika.

Antara pelamin-pelamin yang pernah dihasilkan...

Thursday, December 2, 2010

~CiNTa KaSiH~



NaJRa dah kena servis setelah setaun menggunakannya. Kami poon amik cuti coz kena tinggalkan NaJRa kat pusat servis. Nak uat anti rust. Pe lg, peluang yg ada, jgn dilepaskan. Lehla pi usha2 brg2an hantaran laen. x cdg poon nak beli, but dah kenan dan dpt hg yg santeeek, pe lgkuarkanla duit.PUAS HATI.kopak poket.hahhahaha

Then, balik ke bangi & usha plak butik perkahwinan. Kali nie aku nak p usha kat seksyen 8 plak. Banyak gak butik perkahwinan kat seksyen 8. X salah aku lebih daripada 5 koot. aku xla masuk sume butik. ak ikut je mate yg memandang & kaki yg melangkah..
Butik Pengantin Cinta Kasih menjadi pilihan pertama yang kami pergi kali nie. Tp perunding butik time tu ngah uat spa kepada bakal pengantin. kami x dapat nak bertanya ngan lebih lanjut tentang pakej2 yg mereka tawarkan. So, kami hanya berpandukan daripada pemplet yang diberikan.


Baju-baju yang dipamerkan di web Cinta Kasih

Design-design yang di download daripada web Cinta Kasih

Butik Pengantin Cinta Kasih
No 129A, Jalan 8/1,
Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi.
Tel : 012-222 6724
017-398 9127
Fb : http://www.facebook.com/pages/Butik-Pengantin-Cinta-Kasih/136940079695218

Monday, November 29, 2010

~NuR NiLaM SaRi CeNTRe~

Kali nie hanya 1 butik je yang aku sempat terjah. Sampai poon dah lewat petang. Dalam pukul 6.30 petang. Berlegar2 aku kat depan butik nie. Loceng rosak. Hehehehe. Nasib baik perunding butik tu lalu kat depan, kalo x aku dah angkat kaki dah. Butik nie agak tersorok sedikit. Bangunannya berhampiran dgn Butik Pesona Asmara namun berada di kawasan deratan yang belakang. Butik ini sederet ngan Nuin Kafe.

Dekorasi dalaman butik ini.
Gambar drpd blog.
...

Kebanyakan baju di butik ini yang berinspirasikan daripada Seberang Indonesia. Lawa. Banyak pilihan. De yang aku berkenan. Just meke x buat tuk bilik pengantin. Tapi menurut kak Nor, pemilik butik tersebut mereka akan menawarkan pakej tuk bilik pengantin bermula tahun depan jika tiada aral yang melintang.

Pakej yang ditawarkan adalah pakej asas. Terdapat penambahan harga jika ingin menggunakan
  • Pelamin Rod Iron or Pelamin panel.
  • Kerusi yang lebih elegent or lebih besar.
  • Baju yang menggunakan material yang berbeza.
  • Bantal nikah.
Butik Pengantin Nur Nilam Sari Centre
Tingkat 1, Jalan PB 2A, Pusat Bandar Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89264285
Hp : 012-2710945 / 016-6370948 (Kak Nor)
017-3118850/017-2839020 (Lyn)

Thursday, November 25, 2010

~LeeZSHa BRiDaL~

Leezsha Bridal & Spa Boutique terletak sebaris dengan Butik Pesona Asmara. Aku g survey pada hari yang sama dengan aku survey d Pesona Asmara. Leezsha Bridal menawarkan pakej lengkap kepada pengantin seperti perunding perkahwinan, katering & persalinan pengantin. Selain itu, butik ini turut menawarkan spa kepada bakal-bakal pengantin Tapi, buat pengantin yang mempunyai bajet yang rendah , butik ini tidak sesuai untuk anda kerana pakej yang ditawarkan agak mahal.

Leezsha Bridal & Spa Boutique
No 25-1, Jalan 9/9C, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 03-89253455
Hp : 012-3592598
Web : http://leezsha.fotopages.com/

~PeSoNa aSMaRa~

Pas abis kerja je, aku poon terus memecut NaRa, kereta kesayanganku ke Bangi. Nie la kali pertama aku ke butik pengantin tuk menambahkan maklumat tentang butik & pakej-pakej yang ditawarkan. Sebelum nie, aku hanya survey d tnet & pameran perkahwinan je. Butik Pesona Asmara yang terletak di Seksyen 7, Bangi menjadi pilihan pertamaku. Senang sangat nak jumpe & pergi ke butik nie coz berdekatan dengan masjid hijau dan Bangi Kopitiam. Layanan perunding butik nie memang bangus. Mesra dan peramah. Rase seronak nak bertanya dan mendapatkan maklumat. Pakej yang ditawarkan juga agak berpatutan.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan di butik ini.
Paling mudah jika mengambil Pakej Jalinan Asmara coz
banyak yang ditawarkan.

Jika ingin mengubah atau membuat penambahan,
terdapat kos2 lain yang perlu ditanggung oleh bakal pengantin.

Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan di butik ini.

Pelamin-pelamin yang dihasilkan oleh Butik Pesona Asmara.
Pelbagai pelamin boleh dilihat di FB.


Hasil touch-up

Baju kaler biruuuu....hehehe..
cume nengok sapekah gerangan pengapit pengantin lelaki???

Butik Perkahwinan Pesona Asmara
No 11-1, Jalan 9/9C, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89266073
Fax : 03-89267073
H/P : 012-3624655 (Nor)
016-2250073 (Lin)
Email : pesona.asmara@gmail.com
web : www.pesonaasmara.com
Fb :http://www.facebook.com/pages/Selangor/Butik-Pesona-Asmara/111420242212713

Wednesday, November 24, 2010

~PeNCaRiaN BaKaT BeRMuLa~

Merancang perkahwinan kita sendiri memang perkara yang menyeronokkan. Lagi bertambah kegumbiraan ini tatkala Mr. Honey bersama-sama turun padang dan merasai pengalaman ini. Aku dah memulakan pencarian aku agak lama but sejak akhir2 ini aku semakin serius coz aku x nak klang klibut di saat2 akhir. Lagi poon aku nak mencari pakej2 di pasaran yang sesuai ngan bajet yang telah kami tetapkan.

Kebanyakan butik yang telah aku daki dan jelajahi hanya di sekitar Bangi coz rumah aku walaupun bukan di kawasan Bangi namun berhampiran. Jadi aku dapat menjimatkan harga dari segi kos pengangkutan. Lagi pun mudah untuk aku berunding dan berjumpa dengan perunding butik kelak.

Aku teringin gak nak tau bape jumlah butik pengantin di bangi. Aku poon mula mengira bape butik yang aku pergi. Mungkin de butik yang aku terlepas pandang atau x g coz kebetulan pada waktu aku g, butik tu tutup.......

Banyaknyer baju………camne nak pilih nie??? Pening kepala…


bestnyer kerusi nie...empuk bangat. terasa cam puteri lark..


cun x beg nie?? Mr. Honey suke tgk beg nie. smart.