Tuesday, November 8, 2011

Hubby Masih D Hospital

5 Hari di Unit Rawatan Rapi (ICU)
(14.11.10 - 19.10.10)

   

5 Hari Wad 6C Katil 15 & 23 
(19.10.11 - 24.10.11)



Sehingga Kini (11 hari) di Wad Rehabilitasi
(24.10.11 - 08.11.11)



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Pernah dengar mengenai SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)? Mari kita lihat apa itu SBS ini.


Apa itu SBS?

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..

Bagaimana ianya terjadi

Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.
Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.

Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang hal ini. Walaupun di Malaysia jarang kita dengar kes sebegini dilaporkan namun ianya mungkin ada banyak diluar sana tetapi kita tak tahu. Kalau nak tahu di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Baby Shaken Syndrome ini bukanlah kes terpencil jadi sentiasalah berwaspada. Untuk maklumat lanjut boleh tengok www.dontshake.org atau klik gambar in.
 Sumber : http://www.babynme.com.my/blog/?p=1631

Saturday, October 15, 2011

14 Oktober 2011

14 Oktober 2011
Genaplah 5 bulan usia perkahwinan kami.
Genap 17 minggu usia anak kami yg masih dlm kandungan.....

14 Oktober 2011
Berita sedey yg membuatkan jantungku bdegup laju, kakiku menjadi lemah...
Hubby dimasukkan ke hospital dan kini di ICU
Tayar motornye meletup dlm perjalanan ke tempat kerja

Berita yg agak lewatku terima
Disebabkan kelalaianku...
Hp tertinggal di rumah...
Bila tfikir kembali
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian

Jika aku orang pertama yang mengetahui berita ini
Aku mungkin akan menangis semahunya dahulu
Hati x tenteram dikala membawa kereta
Mungkin aku akan pengsan bila melihat hubby di wad kecemasan

Dikala ramai saudara & teman disisi diwaktu pagi
Membuatkan aku menjadi kuat & mampu tersenyum
Dimalam hari pula, hanya air mata yg menemani diri


Malam....
Tidurku langsung x lena....
Membuatkan aku berfikir & berfikir..
Lantas ku coretkan sesuatu...
Mudah2an dapatku luahkan sedikit yang tbeku didada
Dan dapat melelapkan mate
Supaya diberi kekuatan melihat hubby pada esok hari

Wednesday, June 8, 2011

~Gambar Kahwin~

Aku ngah menghitung hari menunggu hasil fotografer perkahwinan kami.
Risaula gark
mcm maner agaknyer gambar tu nnti agaknyer?
adakah aku puas hati?
harapnyer begitulah....
Trase mcm x puas bergambar time kenduri 2...
Trase mcm banyak sgt kekurangan..
almaklumlah...
kami x biase ngan kamera..
lelagi hubby..
trase kami cam kaku dpn kamera.
mmg x bleh jdk modella
(de hati nak jdk model)
hehheheheheheh

Wednesday, June 1, 2011

~ Lega ~

Teramat lega rase hati ini slps habis je majlis di kedua-dua belah pihak..
X mampu nak gambarkan..
Pelbagai dugaan yg aku & hubby hadapi...
Sebelum berlangsung perkahwinan kami...

Malam b4 majlis, aku menagis semahu-mahunyer
melepaskan segala yang terbuku di dada
naseb baek mate x sembab
kalo x, mmg merosakkan majlis

sewaktu akad nikah, aku mampu tertawa
mgkn kerana aku dah melepaskan tekanan itu...
bila difikirkan kembali, mmg ade hikmah aku menangis mlm majlis..
hehehhehehe....
maklumlah, aku jenis yg tsgtla gugup dan gementar bile berdepan ngan ramai org..

alhamdullillah....ramai juga yang hadir di majlis ku..
walaupoon x dpt bergambar dgn mereka di pelamin, namun aku tahu mereka hadir..
seronok...bertemu rakan-rakan lama
walaupoon x dapat bersembang...
namun, dapat melihat wajah2 yang hadir menyebabkan aku amat terharu & gembira...
thanks buat rakan2 yg sudi menghadirkan diri walaupoon jauh..

akma & dalie.....mmbr2 ICU JPM

suu, farhe, azau, kak iena, gva, ina, biey, za & iqa...
geng pengajian pengguna UPM


awek nabil, nabil, man & wasi poon geng pengajian pengguna UPM

mmbr2 hubby dari taman ehsan...
taper, midun, mat pet, monyet, helmi, boolat, faridah & dania,
pongey, faezah, zana, han, ayu & wan....


kak yatt, xBLT.... & anaknyer yg cute, qies
pict dari blog kak yatt...


ody, adek angkat kat starpark



Friday, April 29, 2011

~KaD uNDaNGaN~

Kad Jemputanku

Kad jemputan Mr. Tunang


Alhamdullillah...
Kad undangan telah selamat dipos pada 19 April 2011 yang lalu & ramai yg tlh trime kad.
But de gak kad yg masih dlm proses. Riso kad yang lewat2 nie x sampai =( .
Kad kpd kawan2 opis poon dah diedarkan....
........lega.................
but riso gak camne sambutan org.
almaklumlah....aku nie pemalu..
.........kehkehkeh........


Kad aku tempah d

Pe yg aku nengok & rase,
meke masih baru dalam bidang nie.
X sepopular kad lestari, gedung kad kahwin....& memcm lg
but service meke mmg laju
bayangkan, aku hya memberikan tempoh seminggu kpd dorg tuk ciapkan kad
my mom nak kad cepat.
tgesa2 la ktorg buat.

so, pe2 kekurangan dlm kad 2, kami memohoan jutaan kemaafan.
that's y, aku buat web kawen

aku ingin memudahkan org tuk dtg ke majlis aku & mr. tunang nnti.
kad web 2, kami letak map yg aku upload dari google..
tq kak google =)