Friday, January 21, 2011

~DaVeNCY WeDDiNG WoRKSHoP~


Aku agak tetarik dengan pakej yang ditawarkan di Davency Wedding Workshop yang merangkumi pakej baju, pelamin dan fotografer. Aku mula berkenan dengan butik nie pabila aku dan honey ke pameran pengantin di Ampang. Sementara menunggu honey solat jumaat, aku memulakan langkah ke setiap gerai dan terhenti lama di gerai butik Davency coz jururundingnye agak peramah. Bermula dari c2, aku try ajak honey ke Jalan Ipoh.

First sampai, aku agak pelik dengan suasana luar butik ini. Agak messy. But, orang kate jgn menilai pada luaran…terdapat banyak fesyen baju pengantin di butik ini di samping kualiti make-up yang baeek. Tuk pelamin pula, kita blh membuat dekorasi sendiri or menggunakan dekorasi yang telah mereka hasilkan & dekorasi mereka juga cantik dan kreatif.

Nie merupakan pakej yang ditawarkan semasa aku pergi ke pameran pengantin kat KLCC pada ujung tahun 2010.

Suasana didalam butik. Didownload daripada blog davency.

~NaYNiS aNDaMaN~

Kali nie aku cuba melihat-lihat pakej pengantin yang ditawarkan di sekitar kawasan Kepong, Gombak & Selayang. Aku & Mr. Tunang memule ke Naynis Andaman yang terletak di Selayang. Pilihan baju kat butik nie x banyak. Makeup poon aku kureng ckt. So kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya……

Tuesday, January 18, 2011

~KaWen2~

Ramai antara kawan2 aku yang dan kawen & ade anak. nie yang jeles nie...hehehehe...tp paling besh tgk gambo kawen depa walaupoon de yg aku x pi coz kekangan yang x dpt nak dielakkan terutamnye sbb jauh. my mom & dad x bg kalo teman x ramai..hehehe..membuat konklusi sendiri. tp pas aku dah dapat pas nnti, sume negeri aku nak pi. so sape yg jejauh 2, pas bulan 5 nie, kalo xde aral mendatang, mungkin aku akan sampai ke wedd korg. nntikan yerk...hahahhahaha...aku nak pakse die ikut, kalo x dok luar bilik..kehkehekehkeh...eawal de niat nak menderhaka yerk cik mast.

nie antara kawan-kawan aku yang dah mendirikan rumah & tangga. dari kawen sekolah rendah sampaila ke universiti...gambo2 meke de gak yg memberikan inspirasi kpd aku tuk majlis aku nnti. walaupoon majlis aku kecil2lan but penting tuk aku menjadikan kenangan yang manis. aku x nak majlis aku nnti akan menjadi kenangan pahit buatku..."Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hambamu ini". Amin....

Nie kawan aku time scool kat sg. buloh.
kami sekelas time darjah 2 & 3 je koot. x ingt dah
.
suke sgt tema yg die guna. biru & taman.

kak dayah akhirnye bertemu jua dengan cinta hati, fauzi.
aku x dpt hadir coz majlis pada hari rabu.


Norai slamat melahirkan baby yg cute minggu lepas.
masih di Jepun bersama suami tersayang, hassan.


Kak Ita & Suami tersayang.
Aku x dapat hadir ke kenduri mereka.


outdoor photography Aida & suami..
sweet sgt gambo aida time nikah.

Kenduri meke poon aku x dapat hadir.

Kak Ieda & Ahnaf, dedua x-clazmate aku time kat U.
Aku g kenduri mereka ngan femli aku.


1st time jadi pengapit. Aku rase, aku yg lebih kecut perut drpd pengantin time nie.
hehehehehe....mane x nyer 1 mggu sblm wedd baru tau mmbr baek aku
kat SAMER nak kawen n plawe aku jdk pengapit lark.
Tahniah buat Siti Fairuz & Suaminyer Nazlee


Ain antara bff aku time kat High Scool Kajang &
paling awal kawen ant kami b6.
Pas nie turn sape plak??hehehhehe


Hari merangkak ke senja tp aku masih bersemangat meneruskan usaha mendapatkan pakej yang terbaik disamping harga yang dtawarkan berpatutan dan sesuai ngan bajet yang telah aku tetapkan. Hari nie aku masih mencari-cari butik di sekitar Bangi.

Butik Kimie Kajang mempunyai 2 cawangan dan salah satunye terletak di seksyen 9, Bangi. Seperti butik D’Renjis, butik Kimie juga mempunyai penambahan harga jika bakal pengantin ingin menggunakan material French lace. Pelamin di dalam pakej juga merupakan pelamin asas dan penambahan harga dikenakan jika ingin menggunakan pelamin bombastic.

Yang paling aku rase terus reject butik nie coz die tegur muke aku yang ‘dihiasi noda-noda merah’ yang langsung aku x ingini. Sensetip betul aku pasal hal nie..

Pakej-pakej yang ditawarkan bermula daripada RM950 hingga RM3000.



Saturday, January 15, 2011

~SRi QaSeH~




Butik Pengantin Sri Qaseh merupakan ‘one stop center’ kepada bakal pengantin yang tercari-cari butik pengantin yang menawarkan pakej lengkap dari A to Z. Sri Qaseh mempunyai pakej andaman, fotografi & videografi, katering & kanopi, rawatan kecantikan & spa serta lain-lain perkhidmatan seperti PA system, kompang dan gubahan hantaran. Pakej yang ditawarkan agak eksklusif dan mahal.


Friday, January 14, 2011

~GaLeRi PeNGaNTiN aNie~


Butik Pengantin Anie juga terletak di Seksyen 4, Bangi dan berada berhampiran dengan Butik D’Renjis. Pakej yang ditawarkan di Butik Aine bermula dari RM800 sehingga RM3600. Kebanyakan baju kat butik ini menggunakan songket dan agak ‘old scol’ dipandangan aku. Jika ingin mendapatkan atau membuat baju yang baru caj, akan dikenakan bermula RM100 hingga RM300.

Tuesday, January 11, 2011

~D'ReNJiS SeRi PeNGaNTiN~

Matahari terasa tegak d kepala. Tapi usaha mengusha mesti diteruskan. Kali nie aku seksyen 4 tambahan plak menjadi pilihan aku. Takat yang aku nampak, de dua butik kat seksyen 4 nie.

Butik D'Renjis Seri Pengantin salah satu butik yang terdapat di seksyen 4 tambahan. D'Renjis menawarkan pakej istimewa dimana pakej ini merangkumi baju nikah, sanding dan baju bertandang. Dua pelamin turut ditawarkan dalam pakej ini. Namun begitu, terdapat penambahan harga jika ingin menggunakan baju french lace.

Butik ini turut menawarkan perkhidmatan hiasan bilik pengantin dengan harga bermula RM450. Untuk gubahan hantaran pula, harga bermula RM60 untuk satu gubahan dulang hantaran.



Antara baju-baju yang dipamerkan di web butik ini.

Pelamin-pelamin yang dihasilkan d D'renjis.

http://www.drenjis.com.my/v1/

~aZue BRiDaL~

Tringin sangat nak pergi ke Butik Azue Bridal coz setiap kali lalu kat sebelah Tasik Chempaka, mesti nampak signboard mereka yang besau. Tinggi gak nak mendaki ke Butik Azue Bridal nie. Terletak di tingkat 3. Semput r gak. Bebuke pintu butik jer, aku disambut oleh si kecil yang comei sambil berkata “kak, x de orangla kat butik”. Aik? Xkan orang nak tinggalkan budak kecik kat butik sesorang kan. Aku poon masuk je. Mmg xde juruperunding kat butik, cume yang ade team yang laen. So die x brape tahu sangat tentang pakej2 yang ditawarkan. Then, aku just amik brousher dorg gak sambil mencuci mate baju2 yang ade kat kedai.




Azue Bridal Wedding Planner

No.1B, Tingkat 3, Off Persiaran Pusat Bandar 2,

Seksyen 6, Bandar Baru Bangi,

43650 Selangor

03-89256987

019-2670045(Dila)

012-2156167 (Pn. Azue)

http://www.azuebridal.com/



~SuRi D'La RoSe~

Hujung minggu telah tiba.Yeah…leh sambung balik aktiviti aku g usha butik-butik pengantin yang de kat sekitar Bangi. Seksyen 8 Bangi merupakan tempat pertama yang aku tuju. Aku keseorangan kali nie. Tanpa ditemani oleh Mr. Tunang tersayang.

Butik Suri D’La Rose merupakan butik pertama yang aku pergi kali ini. Waktu aku sampai, juruperunding di butik sedang membuat spa untuk bakal pengantin. Aku x sempat bertanya banyak so aku hanya dapat mengambil brocher.


Suri D’la Rose

Bridal Butik & Spa

117A, Jalan 8/1, Seksyen 8,

43650 Bandar Baru Bangi.

Pn. Bie : 012-3554005

Pn. Mie : 013-2566679

Tuesday, January 4, 2011

~Karnival Pengantin 2011~

Nie kali ke3 aku pergi karnival pengantin. Kali pertama aku g taun lepas kat Ampang. Then aku pergi kat KLCC plak pada ujung taun. then kali nie ke shah alam plak. tapi yg bestnyer, aku x pernah poon uat pe2 tempahan kat c2...bile meke bagi promosi trutamanya butik & andaman, aku rase still lagi x menepati bajet yang aku peruntukkan. so orang yang 'kurang berada' seperti aku hanya mampu cuci mate je kat saner....hehehheheheheh...& hanya mampu bergambar je la....