Tuesday, November 8, 2011

Hubby Masih D Hospital

5 Hari di Unit Rawatan Rapi (ICU)
(14.11.10 - 19.10.10)

   

5 Hari Wad 6C Katil 15 & 23 
(19.10.11 - 24.10.11)



Sehingga Kini (11 hari) di Wad Rehabilitasi
(24.10.11 - 08.11.11)



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Pernah dengar mengenai SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)? Mari kita lihat apa itu SBS ini.


Apa itu SBS?

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..

Bagaimana ianya terjadi

Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.
Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.

Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang hal ini. Walaupun di Malaysia jarang kita dengar kes sebegini dilaporkan namun ianya mungkin ada banyak diluar sana tetapi kita tak tahu. Kalau nak tahu di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Baby Shaken Syndrome ini bukanlah kes terpencil jadi sentiasalah berwaspada. Untuk maklumat lanjut boleh tengok www.dontshake.org atau klik gambar in.
 Sumber : http://www.babynme.com.my/blog/?p=1631

Saturday, October 15, 2011

14 Oktober 2011

14 Oktober 2011
Genaplah 5 bulan usia perkahwinan kami.
Genap 17 minggu usia anak kami yg masih dlm kandungan.....

14 Oktober 2011
Berita sedey yg membuatkan jantungku bdegup laju, kakiku menjadi lemah...
Hubby dimasukkan ke hospital dan kini di ICU
Tayar motornye meletup dlm perjalanan ke tempat kerja

Berita yg agak lewatku terima
Disebabkan kelalaianku...
Hp tertinggal di rumah...
Bila tfikir kembali
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian

Jika aku orang pertama yang mengetahui berita ini
Aku mungkin akan menangis semahunya dahulu
Hati x tenteram dikala membawa kereta
Mungkin aku akan pengsan bila melihat hubby di wad kecemasan

Dikala ramai saudara & teman disisi diwaktu pagi
Membuatkan aku menjadi kuat & mampu tersenyum
Dimalam hari pula, hanya air mata yg menemani diri


Malam....
Tidurku langsung x lena....
Membuatkan aku berfikir & berfikir..
Lantas ku coretkan sesuatu...
Mudah2an dapatku luahkan sedikit yang tbeku didada
Dan dapat melelapkan mate
Supaya diberi kekuatan melihat hubby pada esok hari

Wednesday, June 8, 2011

~Gambar Kahwin~

Aku ngah menghitung hari menunggu hasil fotografer perkahwinan kami.
Risaula gark
mcm maner agaknyer gambar tu nnti agaknyer?
adakah aku puas hati?
harapnyer begitulah....
Trase mcm x puas bergambar time kenduri 2...
Trase mcm banyak sgt kekurangan..
almaklumlah...
kami x biase ngan kamera..
lelagi hubby..
trase kami cam kaku dpn kamera.
mmg x bleh jdk modella
(de hati nak jdk model)
hehheheheheheh

Wednesday, June 1, 2011

~ Lega ~

Teramat lega rase hati ini slps habis je majlis di kedua-dua belah pihak..
X mampu nak gambarkan..
Pelbagai dugaan yg aku & hubby hadapi...
Sebelum berlangsung perkahwinan kami...

Malam b4 majlis, aku menagis semahu-mahunyer
melepaskan segala yang terbuku di dada
naseb baek mate x sembab
kalo x, mmg merosakkan majlis

sewaktu akad nikah, aku mampu tertawa
mgkn kerana aku dah melepaskan tekanan itu...
bila difikirkan kembali, mmg ade hikmah aku menangis mlm majlis..
hehehhehehe....
maklumlah, aku jenis yg tsgtla gugup dan gementar bile berdepan ngan ramai org..

alhamdullillah....ramai juga yang hadir di majlis ku..
walaupoon x dpt bergambar dgn mereka di pelamin, namun aku tahu mereka hadir..
seronok...bertemu rakan-rakan lama
walaupoon x dapat bersembang...
namun, dapat melihat wajah2 yang hadir menyebabkan aku amat terharu & gembira...
thanks buat rakan2 yg sudi menghadirkan diri walaupoon jauh..

akma & dalie.....mmbr2 ICU JPM

suu, farhe, azau, kak iena, gva, ina, biey, za & iqa...
geng pengajian pengguna UPM


awek nabil, nabil, man & wasi poon geng pengajian pengguna UPM

mmbr2 hubby dari taman ehsan...
taper, midun, mat pet, monyet, helmi, boolat, faridah & dania,
pongey, faezah, zana, han, ayu & wan....


kak yatt, xBLT.... & anaknyer yg cute, qies
pict dari blog kak yatt...


ody, adek angkat kat starpark



Friday, April 29, 2011

~KaD uNDaNGaN~

Kad Jemputanku

Kad jemputan Mr. Tunang


Alhamdullillah...
Kad undangan telah selamat dipos pada 19 April 2011 yang lalu & ramai yg tlh trime kad.
But de gak kad yg masih dlm proses. Riso kad yang lewat2 nie x sampai =( .
Kad kpd kawan2 opis poon dah diedarkan....
........lega.................
but riso gak camne sambutan org.
almaklumlah....aku nie pemalu..
.........kehkehkeh........


Kad aku tempah d

Pe yg aku nengok & rase,
meke masih baru dalam bidang nie.
X sepopular kad lestari, gedung kad kahwin....& memcm lg
but service meke mmg laju
bayangkan, aku hya memberikan tempoh seminggu kpd dorg tuk ciapkan kad
my mom nak kad cepat.
tgesa2 la ktorg buat.

so, pe2 kekurangan dlm kad 2, kami memohoan jutaan kemaafan.
that's y, aku buat web kawen

aku ingin memudahkan org tuk dtg ke majlis aku & mr. tunang nnti.
kad web 2, kami letak map yg aku upload dari google..
tq kak google =)






Thursday, April 28, 2011

~MeNgecaT & MenGeCat laGi~

Ujung minggu lepas, cam biase aku & kak ngah cbook mengecat umah.
Tapi kali nie, de la tenaga kerja tambahan.
Abg aku yg slaloo gak tulun cat.
Tapi x sekerap kami r...
hehehheheh...
& anak buah aku yang sangat2la rajin.
But, yg nolong poon anak buah pompuan
nie yg mmbuatkan aku menggaru2 kepala yg x gatal...
beristigfar dalam hati & menahan rase...
sabar mast...sabar...





Hari ahad plak aku x dpt nolong ngecat plak coz doorgift bloom ciap.
Then, kak ita & kak min tulun uat doorgift plak.
masih beloom ciap gak...
sambung buat hari biase..

Friday, April 22, 2011

~PeNDaFTaRaN NiKaH~

Alamak...camne nie. Tinggal lagi 3 minggu je tapi bloom daftar nikah lagi...Pe nak buat nie. Borang dah tandatangan but pe next step plak. Tetibe plak trase jdk klang kliboot....takoot pun de. takoot x sempat daftar.

Minta tulun ayah pi jumpe kadi, n tnykan da next step. kadi suh pi sendiri ke pejabat agama untuk pendaftaran. tidak perlu bawa wali & saksi seperti waktu sign borang nikah. Just pi & daftar.

Tapiiiiiiiiiiiiii...kat mane plak pejabat agama daerah sepang. tanya ayah, ayah x pasti. try tny mak plak, aku yg penin kapla. last2 mak bw pen & kertas, baru aku nampak la ckt pelan nak p cne.

Mase la plak, bile nak pi? Redah je la....hahahhahhaha....

Alhamdulillah, akhirnyer berjaya gark la sampai walaupoon tersesatla sekejap

Urusan kat cne mmg mudah. kejap je dah ciap. pas nie leh bagi borang kat jurunikah or tok kadi.....yeeeeehhhh....leganyer....

Tuesday, April 12, 2011

~RaiHaNah & ThaHa~

Pada 26 Mac lalu member ERT aku, Rye selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinye Thaha. Majlis Rye diadakan di Dewan Ampang. Kalo kite lalu MRR2 Ampang msti nmpk dewan nie yg bertentangan ngan Tasik. Cantik tool view. Senang nak uat outdoor shoting. X jauh nak jalan.

Aku kuar umah dlm kool 12tghari & tggu mmbr kat Tesco Ampang tuk konvoi skali ngan dorg. Sejam lebih gak menunggu, baru meke sampai. Agak 'panas' gark r rasenyer. Dahla aku sesorg. Xde teman nak borak...Bosannyer tunggu. Rupenyer baby alysy titun. Mama die x moh kejutkan coz tkoot die mengaruk plak nnti. Dlm pkl 2 lbh, kami pooon bertolak ke Dewan Ampang.

Sesampai, org dah x ramai. Senang nak jumpe pengantin. Senang nak bergambar...Cantik Rye mengenakan baju songket. & ngan pelamin yang meletoop. Cantik g2. Sempat gark kami mengedik2 kat c2. jommm layannnnnnnnnnnnnn...

Fatin, Shu, Eikin, aku, Yam & baby Alysya

Lambaian alysy

alysya dah pandai uat peace...pandai mama die ajo.
kena berguru nie...


Raihanah & Thaha

Monday, April 11, 2011

~SeTaHuN BeRLaLu~


Alhamdullillah.....Genap sudah setahun ikatan tali pertungan kami yang masih dlm perjalanan menuju ke hari bahgia =). Sememangnya aku langsung tidak menyangka hubungan kami mampu bertahan selama ini. Terima kasih tidak terhingga buat Mr. Tunang yang sentiasa bersabar & melayan segala kenerah saya. Terima kasih juga coz selalo memberikan sokongan & galakan untuk saya terus maju dalam hidup. Sikap & minat kami sgt berbeza. Perbezaan itu la kadang-kala merapatkan kami & kadang-kala menjarangkan kami. Namun sehingga kini kami masih mampu bertahan. Alhamdulillah.....

Sewaktu kami mula2 bertunang, kami agak terganggu coz ramai yang bercerita tentang dugaan bertunang. Kate org, time bertunangla akan ramai yang meminati kite. Agaknyer disebabkan waktu bertunang, seri muke bertambah koot....

Aku turut merasakannyer. Aku sgt bersyukur, hatiku masih lagi menyayanginyer seperti dulu. Mr. Tunang turut mengalaminyer but dibuang jejauh dgn segera agar tiada permasalahan yg timbul pada masa akan dtg.

Dugaan kewangan paling teruk melanda kami. Rase nak pecah kepala je memikirkannyer. Kami berusaha menanganinyer dengan tabah sehingga la sekarang......

Dah cite2, trase nak layan gambo plak...Boleh katekan tiap2 hari aku akan layan gambo2 nie....syoook sgt....

Thursday, April 7, 2011

~DaFTaR NiKaH~

"Assaamualaikum. Drpd Imam M. Nadzri (jurunikah). Mlm esok 06/04/2011, Insyaallah lepas isyak temujanji t.tangan borang nikah d masjid. Kehadiran 1) Pemohon 2) Wali 3) 2 org saksi. OK?"

Jam menunjukkan jam 9.29pm. Tetibe hp ku berbunyi menandakan de msg masuk. Dpt msg drpd no yg x dikenali...siapa...rupenyer drpd tok kadi...yeah, imam suruh dtg tuk t.tngan borang nikah. tp nak suruh sape jdk saksi. msg abg wan & tny mamat. so, meke la yg menjadi saksi pengesahan bujang. hehhehehehe

Tp urusan blooom berjaya coz mamat x bwk salinan ic...so urusan pendaftaran masih dalam proses...

Monday, April 4, 2011

~CuBa : TrY : TeSt~

Tinggal lagi 1 bulan, 1 minggu & 2 hari saje lagi tuk tiba ke hariku...takooootnyer. sangat takoot. 3 bulan sebelum majlisku, aku selalu bermimpi yang majlisku nnti akan menjadi huru-hara ngan ketiadaan catering & memcm lagi. Adakah mainan tdo atau kenyataan???...aku cuma berfikiran positif....mudah-mudahan sume berjalan lancar.

Sume persiapan masih dalam proses. Butik, katering & Fotografer telah ku tempah...Penat gak membuat pencarian butik coz kebanyakan butik menawarkan perkhidmatan diluar kemampuan aku. Yg aku mampu plak, x berkenan d hati. Sebelum aku menggunakan perkhidmatan butik sekarang, aku dah tempah butik laen di sekitar bangi gak. But layanan mmg teruk. Muke masam & x mesra. Kalo pekerja cam 2, leh tahan lagi. Tapi owner pooon macam *****, mmg membnagkitkan darah aku. Aku bukan mengharapkan layanan cam raja. Aku taula korng slalu sponser artis, xkan de double standard koot. Aku mmg x rekemen langsung butik nie...Pas sakit hati ngan butik nie, aku poon menempah butik yang sama ngan Mr. Tunang. Layanan sgt baik & owner sgt mesra alam..Best.Best..

Banyak butik gak yg aku jelajahi & de la baju2 yg aku test...sume Mr. Tunang yg sgt galakkan aku mencuba baju. Kalo ikutkan aku, dah tempah dulu baru try baju....hehehhehehe...jom layan jap gambo2 aku.

Jururunding kat butik nie sgt mesra.
Kalo kami mempunyai bajet yang mencukupi,
pasti kami akan menempah di butik ini yang terletak di Gombak.

Antara baju2 yang telah aku cuba.....

Sunday, March 6, 2011

~Zoom Kamera D Wedding Member ~

Lama sungguh x berblogging. Biase r kan..Brodben kat umah agak kelembapan. Kat opis plak, xkan nak berblog plak. Mau de yang kena buang kilije plak....no..no..no..time2 nak dekat2 majlis nie kena uat bebaik jer....baikkah aku??

Februari lalu, aku & Mr Tunang beserta membr kanceng & tunangan & boypren meke berkomboi 3 kete ke Semenyih. Kami ke wedding Sarina & Pasangannyer Hisham. Sarina is our xclasmate kat High Scool Kajang. Lame gile x jumpe die coz biase r kan, jdk nurse nie agak BZ...

Waktu kami sampai ngam2 ngan pengantin sampai. cam tetau je kan aku nie...mesti r nak tgk pengantin berarak. manis je sarina mengenakan baju purple..

Sarina & Hisham d singahsana kayangan...lawa sangat pelamin nie...suke2 =) ciap de bebuih lagi yg dipasang. aku mmg ade tpk pasal idea buih2 nie, xsangka sarina buat....

Kami yang suke mengganggu pengantin.


xdpt buat pelamin camnie, dapat bergambo poon jdk r...lepaskan kempunan..


kami bertiga...aja, aku & cg

banner Sarina

Wednesday, February 2, 2011

MaJLiS WaLiMaTuLuRuS

Ari nie my mom ajak teman pi kenduri kawen anak kawan die kat presint 8. Kebetulan kawan abg ku kawen kat presint 9. Then kami poon planla pi skali. Senang. Skali jalan. Hari nie cuaca kurang baek. Hujan sepanjang hari. Terdetik dalam hati aku, camne plak time aku nnti. Dahla aku buat kat umah. My mom x nak buat kat dewan. X selesa katenyer. Nak brehat poon susah kate ayahku plak. Sebagai anak yg baek kononnyer, ikut je la kate mereka.

Dah pukul 3 but my mom bloom pulang2 lg bagi ceramah. Lamenyer. Cam x jdk je. Yela...kalo wedd kat dewan nie, biasenyer kenduri akan habis tepat pukul 4. Dalam pukul 3 setengah baru kami ber4 bergerak ke Putrajaya. Sampai kat dewan presint 8, masih ramai tetamu yang beratur untuk mengambil makanan dan menjamu selera. Meja still lagi penuh. Wow...memang org tunggu hujan berhenti koot... Tema pengantin purple. Tiada pelamin but still buat tempat untuk mengambil gambar. Simple & nice gark.

Pas 2, kami g plak ke presint 9. Jam time 2 dha lebih pkl 4. Risoo la gark kalo2 org dah tutup kedai. Sesampai kami kat cne, walaupoon dah x ramai org but still lagi masih ade org yang dtg cam kami nie. Tercari2 gark mane 1 pengantin coz nampak pengantin lelaki but x nampak plak pengantin perempuan. Sedang aku enak menjamu selera, tetibe nampak pengantin berbual ngan rakan-rakan. Terkezut gark tgk. Pengantinnyer memakai furdah. Bloom pernah lihat. Then yang paling aku rezpect pelamin & tempat bersantap mmg cantik. Aku try amik gambo untuk dijadikan kenangan tapi kualiti kurang memuaskan. Nie je hasil yang mampu aku upload untuk tatapan semua.....