Monday, November 29, 2010

~NuR NiLaM SaRi CeNTRe~

Kali nie hanya 1 butik je yang aku sempat terjah. Sampai poon dah lewat petang. Dalam pukul 6.30 petang. Berlegar2 aku kat depan butik nie. Loceng rosak. Hehehehe. Nasib baik perunding butik tu lalu kat depan, kalo x aku dah angkat kaki dah. Butik nie agak tersorok sedikit. Bangunannya berhampiran dgn Butik Pesona Asmara namun berada di kawasan deratan yang belakang. Butik ini sederet ngan Nuin Kafe.

Dekorasi dalaman butik ini.
Gambar drpd blog.
...

Kebanyakan baju di butik ini yang berinspirasikan daripada Seberang Indonesia. Lawa. Banyak pilihan. De yang aku berkenan. Just meke x buat tuk bilik pengantin. Tapi menurut kak Nor, pemilik butik tersebut mereka akan menawarkan pakej tuk bilik pengantin bermula tahun depan jika tiada aral yang melintang.

Pakej yang ditawarkan adalah pakej asas. Terdapat penambahan harga jika ingin menggunakan
  • Pelamin Rod Iron or Pelamin panel.
  • Kerusi yang lebih elegent or lebih besar.
  • Baju yang menggunakan material yang berbeza.
  • Bantal nikah.
Butik Pengantin Nur Nilam Sari Centre
Tingkat 1, Jalan PB 2A, Pusat Bandar Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89264285
Hp : 012-2710945 / 016-6370948 (Kak Nor)
017-3118850/017-2839020 (Lyn)

Thursday, November 25, 2010

~LeeZSHa BRiDaL~

Leezsha Bridal & Spa Boutique terletak sebaris dengan Butik Pesona Asmara. Aku g survey pada hari yang sama dengan aku survey d Pesona Asmara. Leezsha Bridal menawarkan pakej lengkap kepada pengantin seperti perunding perkahwinan, katering & persalinan pengantin. Selain itu, butik ini turut menawarkan spa kepada bakal-bakal pengantin Tapi, buat pengantin yang mempunyai bajet yang rendah , butik ini tidak sesuai untuk anda kerana pakej yang ditawarkan agak mahal.

Leezsha Bridal & Spa Boutique
No 25-1, Jalan 9/9C, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 03-89253455
Hp : 012-3592598
Web : http://leezsha.fotopages.com/

~PeSoNa aSMaRa~

Pas abis kerja je, aku poon terus memecut NaRa, kereta kesayanganku ke Bangi. Nie la kali pertama aku ke butik pengantin tuk menambahkan maklumat tentang butik & pakej-pakej yang ditawarkan. Sebelum nie, aku hanya survey d tnet & pameran perkahwinan je. Butik Pesona Asmara yang terletak di Seksyen 7, Bangi menjadi pilihan pertamaku. Senang sangat nak jumpe & pergi ke butik nie coz berdekatan dengan masjid hijau dan Bangi Kopitiam. Layanan perunding butik nie memang bangus. Mesra dan peramah. Rase seronak nak bertanya dan mendapatkan maklumat. Pakej yang ditawarkan juga agak berpatutan.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan di butik ini.
Paling mudah jika mengambil Pakej Jalinan Asmara coz
banyak yang ditawarkan.

Jika ingin mengubah atau membuat penambahan,
terdapat kos2 lain yang perlu ditanggung oleh bakal pengantin.

Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan di butik ini.

Pelamin-pelamin yang dihasilkan oleh Butik Pesona Asmara.
Pelbagai pelamin boleh dilihat di FB.


Hasil touch-up

Baju kaler biruuuu....hehehe..
cume nengok sapekah gerangan pengapit pengantin lelaki???

Butik Perkahwinan Pesona Asmara
No 11-1, Jalan 9/9C, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-89266073
Fax : 03-89267073
H/P : 012-3624655 (Nor)
016-2250073 (Lin)
Email : pesona.asmara@gmail.com
web : www.pesonaasmara.com
Fb :http://www.facebook.com/pages/Selangor/Butik-Pesona-Asmara/111420242212713

10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda

Soalan 1
Berapa lamakah pengalaman anda dalam bidang fotografi perkahwinan?
Pengalaman adalah faktor penting bagi mengukur tahap kemahiran
seseorang jurugambar. Jurugambar yang kurang berpengalaman biasanya
mengenakan harga yang lebih rendah.

Soalan 2
Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh masa?
Soalan ini adalah bagi menganggar tahap komitmen seseorang jurugambar. Biasanya, jurugambar yang melakukan tugas merakam
gambar perkahwinan secara sepenuh masa akan memberikan komitmen
yang tinggi memandangkan ini adalah satu-satunya punca pendapatan
mereka. Namun, keadaan sebaliknya mungkin juga berlaku.

Soalan 3
Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
Teknologi terkini memperlihatkan penggunaan peralatan fotografi dan
video digital. Tetapi, penggunaan sistem analog juga mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Terpulang kepada citarasa anda.

Soalan 4
Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
Ini adalah antara soalan yang paling penting untuk memilih
jurugambar atau juruvideo. Dengan melihat contoh gambar beliau,
anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang akan anda
perolehi. Cuma, pastikan gambar yang ditunjukkan adalah hasil kerja
beliau yang tulen.

Soalan 5
Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
Setiap karya jurugambar atau juruvideo mempunyai gaya mereka yang
tersendiri. Begitu juga dengan pasangan pengantin yang mempunyai
citarasa yang berbeza terhadap gambar. Pilih jurugambar yang boleh
merakam gambar mengikut citarasa anda.

Soalan 6
Berapakah harga yang anda kenakan untuk perkhidmatan anda?
Harga yang dikenakan perlulah sesuai dengan bajet anda. Nilai
samada harga yang dikenakan berbaloi dengan perkhidmatan yang akan
anda perolehi. Sekiranya perlu, runding harga dengan jurugambar anda.

Soalan 7
Adakah apa-apa syarat lain atau bayaran tambahan yang akan dikenakan?
Tanya soalan ini untuk mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan
hati di kemudian hari. Ini kerana setiap orang jurugambar mempunyai
syarat kerja dan syarat harga yang tersendiri.

Soalan 8
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan gambar?
Nyatakan kepada jurugambar sekiranya anda amat memerlukan gambar
anda disiapkan segera. Ini bagi membolehkan jurugambar anda
merancang masa beliau sendiri. Sekiranya tidak perlu, beri masa
yang mencukupi kepada jurugambar anda untuk menyiapkan gambar anda
tanpa perlu tergesa-gesa.

Soalan 9
Dalam bentuk apakah gambar siap akan diberi?
Gambar foto biasanya dicetak ke saiz 4R dan gambar video akan
diberi dalam format VCD atau DVD. Maklumkan kepada jurugambar atau
juruvideo anda sekiranya anda memerlukan bentuk lain.

Soalan 10
Adakah negatif atau imej asal akan diberi?
Imej asal foto biasanya adalah dalam bentuk negatif bagi kamera
analog dan fail jpeg bagi kamera digital. Manakala imej asal video
adalah dalam bentuk pita video. Imej asal ini penting sekiranya
anda ingin mencetak atau menyunting kembali gambar perkahwinan anda
di kemudian hari. Ada jurugambar yang memberi imej asal secara
percuma dan ada yang akan mengenakan bayaran.

Sumber : Majalah Pesona Pengantin & Adan Impresif.

Wednesday, November 24, 2010

~PeNCaRiaN BaKaT BeRMuLa~

Merancang perkahwinan kita sendiri memang perkara yang menyeronokkan. Lagi bertambah kegumbiraan ini tatkala Mr. Honey bersama-sama turun padang dan merasai pengalaman ini. Aku dah memulakan pencarian aku agak lama but sejak akhir2 ini aku semakin serius coz aku x nak klang klibut di saat2 akhir. Lagi poon aku nak mencari pakej2 di pasaran yang sesuai ngan bajet yang telah kami tetapkan.

Kebanyakan butik yang telah aku daki dan jelajahi hanya di sekitar Bangi coz rumah aku walaupun bukan di kawasan Bangi namun berhampiran. Jadi aku dapat menjimatkan harga dari segi kos pengangkutan. Lagi pun mudah untuk aku berunding dan berjumpa dengan perunding butik kelak.

Aku teringin gak nak tau bape jumlah butik pengantin di bangi. Aku poon mula mengira bape butik yang aku pergi. Mungkin de butik yang aku terlepas pandang atau x g coz kebetulan pada waktu aku g, butik tu tutup.......

Banyaknyer baju………camne nak pilih nie??? Pening kepala…


bestnyer kerusi nie...empuk bangat. terasa cam puteri lark..


cun x beg nie?? Mr. Honey suke tgk beg nie. smart.

~TaRiKH oH TaRiKH~

Susah jugak nak memilih tarikh tuk hari bersejarah kita kan..yela..sekali seumur hidup. So, kalo boleh biarla tarikh yang kite pilih tu akan dikenang sampai bebile & mudah diingati. Sebelum nie, aku sangat tertarik tuk uat majlis bersejarah aku pada 04/06/011 dan sebelah lelaki pada 11/06/11. Cantik sangat tarikh nie coz ia de memberikan makna dalam hidup aku. Tapi, pas aku baca aktikel pasal tarikh perkahwinan yang buzy, aku rase serba salah sesangat. Then, aku pk, why not aku buat time bezday aku kan...Lagi cantik..Kalu En. Honey lupe, mmg nak kena tdo luarlakan...hahahahaha...but de lagi masalah yang timbul yang membuatkan aku menggaru kepala...Bilakah akan terlaksana impian aku??.....................................................

~Nantikan keputusan juri2 awam =) ~